Laman web Ujian al-Quran merupakan platform bagi menjayakan impian anda untuk menghafal dan mengajar hafazan al-Quran

 

Nama saya ialah Dr Tarek El-Kiki.

Seperti orang lain, saya telah mencuba selama bertahun-tahun untuk menghafal al-Quran tetapi saya dapati ia satu proses yang sukar, terutamanya setelah berlalunya tahun-tahun keemasan (zaman kanak-kanak) begitu sahaja. Sebagai seorang bapa kepada lima anak, saya disibukkan oleh masalah duniawi yang menghalang saya menghafal, bahkan menghalang saya mengulangkaji hafazanyang pernah saya hafaz sebelum ini.

Sebagai saintis komputer, juga melalui pekerjaan saya sebagai pensyarah di universiti, saya mempunyai banyak kaedah untuk menilai pemahaman dan pengetahuan pelajar mengenai kandungan subjek yang saya ajar. Salah satu kaedah tersebut ialah menyediakan ujian sukar dalam talian. Ulasan dan maklum balas membina yang saya terima daripada pelajar meningkatkan kemahiran pembentukan soalan peperiksaan saya yang seterusnya menyebabkan penguasaan dan kecemerlangan pelajar dalam subjek yang saya ajar.

Kemudian saya terfikir bahawa kaedah yang sama dapat digunakan untuk membantu menghafal Al-Quran dan anda dapat menjangka yang lain.

Projek ini memakan masa selama tujuh tahun dengan ketekunan yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam hidup saya kerana kesukaran teknikal yang saya hadapi sepanjang tempoh ini. Sebagai contoh, saya menghadapi beratus-ratus masalah kerana pembentukan tulisan Arab dan percampuran bahasa pengaturcaraan yang harus saya selesaikan semuanya. Saya juga perlu menganalisis kata-kata Al-Quran kepada asasnya untuk mengekstrak dan membentuk pertanyaan tentangnya.

Walaupun demikian, tenggelam dalam ayat-ayat Al-Quran dan melihat keindahan makna dan strukturnya adalah pengalaman yang unik. Saya berdoa agar pengguna laman web ini dapat merasai kemanisan Al-Quran dan merasa termotivasi untuk menyelesaikan hafazan al-Quran serta dijauhkan daripada kesusahan yang pernah saya lalui.

Saya yakin bahawa pengguna laman web ini akan menghargai nilai kandungannya yang unik seperti mana ketika saya melihat hasil akhirnya membuatkan saya melupakan semua penat lelah yang dilalui bagi menghasilkannya untuk anda.

Laman Ujian Al-Quran adalah projek pertama yang dijalankan oleh International Institute for Quran Teaching yang merupakan organisasi amal tidak bermotifkan keuntungan yang didaftarkan secara rasmi di Australia. Institut ini bertujuan untuk menjadikan pembelajaran Al-Quran dan bahasa Arab tersedia untuk semua umat Islam dengan mendirikan ribuan sekolah di seluruh dunia. Bagi merealisasikan visi ini, kami memerlukan kerjasama dan sokongan ikhlas daripada individu, institusi dan negara-negara yang mempercayai matlamat yang sama dan berkongsi visi yang sama.

Saya berdoa agar Allah menerima usaha dan khidmat kepada al-Quran ini dan menjadikannya termasuk dalam timbangan amal kebaikan di hari akhirat kelak.

Dr Tarek El-Kiki

 

Terima kasih dan penghargaan kepada pasukan yang menghasilkan web ini sejak mula:

  •    Encik Suhaib Ahmad, Ketua projek: sublime.sohaib@gmail.com
  •    Encik Usman Azzam, Pengaturcara program senior: sublime.usman@gmail.com
  •    Encik Mirza Abdul Rehman, pengaturcara web dan pentadbir web: sublime.rehman@gmail.com
  •    Encik Asim Jaweed, Pereka bentuk grafik dan pengaturcara komputer: asim.jaweed@gmail.com
  •    Encik Ahmad Azzam, Pakar Pereka Grafik: sublime.azzam@gmail.com

 

Kami beroperasi dan terletak di: Greenacre, NSW 2190 Australia

Hubungi kami bagi mendapatkan maklumat lanjut info@alqurantest.com Atau emailkan kepada kami di: IIQE, PO Box 124 Greenacre NSW 2190, Australia.